global

Pengawal pantai bersalah bunuh nelayan

Oleh AFP

MANILA: Pengawal pantai yang melepaskan tembakan ke atas seorang nelayan Taiwan di perairan Filipina pada 2013, didapati bersalah.

Kejadian itu turut menjejaskan hubungan baik antara dua negara jiran berkenaan.

Lapan anak kapal warga Filipina itu berkata tembakan dilepaskan bagi mempertahankan diri apabila kapal nelayan itu berlayar ke arah mereka di kawasan perairan di utara pulau Luzon.

Mahkamah Manila mensabitkan atas kesalahan membunuh dan menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya lapan tahun, walaupun mereka kekal bebas semasa membuat rayuan.

“Kami akan failkan notis rayuan,” kata peguam Paul Jomar Alcudia kepada AFP.

Sementara itu, Taipei mengalu-alukan keputusan mahkamah.

“Keadilan terlaksana,” kata jurucakap kementerian luar negeri, Joanne Ou dalam satu kenyataan hari ini.

Kejadian pembunuhan itu menyebabkan ketegangan hubungan antara dua negara jiran itu manakala Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou menyifatkannya sebagai satu pembunuhan kejam.

Disiarkan pada: September 18, 2019 @ 3:52pm
d