global

30 maut semasa belajar al-Quran

Oleh Reuters

MONROVIA: Sekurang-kurangnya, 30 kanak-kanak di Liberia terbunuh dalam kebakaran di sebuah sekolah, kata polis, hari ini.

“Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang belajar Al-Quran. Punca kejadian masih belum diketahui,” kata jurucakap polis, Moses Carter.

Kebakaran bermula lewat malam semalam di pinggir bandar Monrovia, kata Presiden George Weah menerusi Twitter.

Disiarkan pada: September 18, 2019 @ 8:15pm
d