global

Juruterbang, pelatih maut kapal terbang terhempas

Oleh Reuters

MADRID: Juruterbang bersama pelatih tentera Sepanyol terkorban selepas pesawat ringan yang dinaiki terhempas ke dalam laut di luar pantai tenggara hari ini, kata angkatan udara.

Pesawat latihan turboprop Pillan jatuh berhampiran La Manga hanya selepas seminggu sebuah jet angkatan udara terhempas di kawasan sama pada 26 Ogos lalu, mengorbankan juruterbang yang juga pelatih penerbangan.

Jurucakap angkatan udara berkata, insiden berkenaan berlaku semasa latihan ketenteraan.

Disiarkan pada: September 18, 2019 @ 9:44pm
d