global

India keluar waran tangkap baru

Oleh Agensi

MUMBAI: Sebuah mahkamah khas di India semalam mengeluarkan satu waran tangkap tanpa jaminan terbaru terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik berkaitan kes pengubahan wang haram.

NDTV.com melaporkan, perintah berkenaan dikeluarkan oleh Mahkamah Akta Pencegahan Pengubahan Wang susulan rayuan difailkan Direktorat Penguatkuasaan (ED) yang menyiasat kes itu.

Zakir melalui peguamnya pada minggu lalu mengemukakan rayuan meminta tempoh dua bulan penangguhan untuk hadir ke mahkamah tetapi ditolak.

Pada Isnin lalu, ED memfailkan rayuan baru memohon waran tangkap terhadap Zakir.

ED mendakwa mengenalpasti wang kira-kira RM11.4 juta hasil pengubahan wang haram pada 2016.

Zakir, 53, meninggalkan India pada 2016 dan tinggal di Malaysia di mana dia memperoleh taraf penduduk tetap.

Pendakwah kontroversi itu dikehendaki pihak berkuasa India atas tuduhan pengubahan wang haram dan mempromosikan keganasan.

Disiarkan pada: September 19, 2019 @ 8:10pm
d