global

Tuah si buta

Oleh Agensi

LOS ANGELES: Seorang pemuda buta dan mengalami masalah autisme berjaya membawa pulang hadiah wang tunai AS$1 juta (RM4.17 juta) menerusi persembahan nyanyian bersama piano yang memukau dalam program realiti, America’s Got Talent.

Daily Mail melaporkan, Kodi Lee, 23, dari California diumumkan sebagai juara selepas menyampaikan lagu ‘You Are The Reason’ secara duet dengan penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Grammy, Leona Lewis.

Pusingan akhir berlangsung dengan sengit apabila dia berentap dengan Detroit Youth Choir sebelum pengacara, Terry Crews, 51, mengumumkan namanya.

“Perasaan saya sungguh terkejut dan ia amat sukar untuk dipercayai,” katanya.

Persembahannya yang bertenaga bukan hanya memukau penonton malah empat juri, Simon Cowell, Gabrielle Union, Julianne Hough dan Howie Mandel turut kagum.

Selain hadiah wang tunai, Kodi dijadualkan mengadakan persembahan di Las Vegas pada November nanti.

Disiarkan pada: September 20, 2019 @ 1:06pm
d