global

3 amah Indonesia ditahan biaya Daesh

Oleh AFP

SINGAPURA: Tiga pembantu rumah Indonesia ditahan tanpa perbicaraan mengikut undang-undang keselamatan ketat di Singapura selepas didakwa membiayai kumpulan militan Daesh, kata pihak berkuasa.

AFP yang memetik kementerian dalam negeri berkata, mereka dipercayai menjadi penyokong kumpulan terbabit selepas menonton beberapa video serangan bom dan perbuatan memenggal kepala di internet.

Anindia Afiyantari, 33, Retno Hernayani, 36, dan Turmini, 31, mula mengenali antara satu sama lain ketika terpengaruh dengan idea radikal sebelum membina rangkaian di luar negara yang turut berkongsi ideologi pro Daesh.

“Mereka secara aktif menyokong Daesh di internet dan turut menderma dana kepada entiti untuk tujuan keganasan seperti menyokong aktiviti Daesh dan Jamaah Ansharut Daulah (JAD). Turmini percaya menerusi derma itu dia akan dimasukkan ke syurga,” kata kementerian itu dalam kenyataannya.

Wanita terbabit di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun.

Disiarkan pada: September 24, 2019 @ 12:43pm
d