global

Bangunan runtuh, budak korban gempa bumi Kashmir

Oleh AFP

ISLAMABAD: Gempa bumi kuat menggegar wilayah Kashmir tadbiran Pakistan petang tadi dengan saksi mendakwa sekurang-kurangnya satu bangunan runtuh.

Gempa bumi cetek dengan magnitud 5.8 itu melanda kawasan 22.3 kilometer dari bandar di sempadan memisahkan wilayah berkenaan dengan India.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolgi Pakistan, Khyber Pakhtunkhwa, berkata gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan kawasan antara Jhelum dan Mirpur paling teruk terjejas.

“Sehingga kini kami menerima laporan seorang budak perempuan terbunuh dan kira-kira 50 lagi cedera,” katanya.

Saksi, Sajjad Jarral dan Qazi Tahir, memberitahu AFP sekurang-kurangnya sebuah bangunan runtuh di Mirpur.

Agensi berita India, Press Trust of India melaporkan gegaran juga dirasai sehingga New Delhi, Rajasthan, Punjab dan Haryana.

Disiarkan pada: September 24, 2019 @ 8:40pm
d