global

Ganja boleh ditanam di Canberra

Oleh AFP

SYDNEY: Penduduk di Canberra, Australia akan dibenarkan menanam dan memiliki ganja dalam jumlah kecil, tahun depan susulan kelulusan undang-undang baharu, hari ini.

Walaupun memiliki ganja dalam jumlah kecil dibenarkan di beberapa kawasan di Australia, Canberra mengambil langkah seterusnya dengan membolehkan orang ramai menanam ganja hanya untuk kegunaan peribadi.

Individu berusia 18 tahun ke atas akan dibenarkan memiliki sehingga 50 gram ganja dan menanam dua pokok ganja hingga empat pokok ganja bagi setiap isi rumah.

Bagaimanapun, kerajaan persekutuan mempunyai kuasa mengubah keputusan itu.

Perubahan itu menandakan buat kali pertama ia disahkan sepenuhnya di Canberra.

Namun, membeli dan menjual dadah akan tetap menyalahi undang-undang persekutuan Australia.

Disiarkan pada: September 25, 2019 @ 6:33pm
d