global

Gegaran cetek di kawasan gempa bumi Pakistan

Oleh AFP

MIRPUR: Gegaran cetek mencetuskan panik mendorong penduduk berlari ke arah jalan raya di timur laut Pakistan, hari ini, beberapa hari selepas kawasan itu dilanda gempa bumi sehingga meragut 38 nyawa dan turut menghancurkan infrastruktur serta jalan raya.

Kejadian gegaran cetek itu berlaku ketika penyelamat sedang memunggah bangunan runtuh untuk mencari mangsa yang tertimbus akibat gempa bumi, kelmarin.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa itu berukuran 4.7 magnitud serta pada kedalaman 10 kilometer dan melanda 4 kilometer di luar Mirpur.

Ahli meteorologi Pakistan, Muhammad Riaz, berkata pusat gempa berkekuatan 4.4 magnitud itu pada kedalaman 12 kilometer.

“Ia umpama neraka. Saya berlari menyelamatkan nyawa,” kata Mohammad Bilal menceritakan detik gegaran AFP.

“Saya fikirkan sebahagian besar bangunan akan runtuh. Tetapi syukurlah ia tidak berlaku,” kata Sagheer Ahmad.

Penduduk di bandar memenuhi jalanan apabila ada yang hanya berkaki ayam, sementara yang lain membaca ayat Al-Quran.

Berpuluh-puluh pesakit dipindahkan dari hospital kerajaan utama di Mirpur, sama ada berkerusi roda atau diusung.

Disiarkan pada: September 26, 2019 @ 6:39pm
d