global

Gempa bumi 5.7 magnitud landa Istanbul

Oleh Reuters

ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud yang menggegarkan bangunan dan merosakkan sebuah masjid di Istanbul, hari ini, menyebabkan penduduk bergegas keluar dari bangunan walaupun tiada laporan kematian.

Menurut Balai Cerap Kandilli dan Institut Penyelidikan Gempa Bumi berkata, gempa itu berada pada kedalaman 12.6 kilometer di tengah pusat sejauh 70 kilometer barat dari Istanbul di Laut Marmara, yang melanda pada 1.59 pagi (waktu tempatan).

Kedua-dua pemerhati dan Kajian Geologi Amerika Syarikat menilai magnitud gempa pada 5.7.

Sementara itu, pemerhati AFAD dan Direktorat Pengurusan Bencana dan Kecemasan mencatatkan gempa berkenaan berukuran 5.8 magnitud.

Datuk Bandar, Ekrem Imamoglu berkata di Twitter, tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan.

Video siaran CNN Turk menunjukkan, bahagian atas menara masjid di daerah Avcilar Istanbul runtuh. Tidak dapat dipastikan jika keruntuhan itu mendatangkan kecederaan atau kerosakan lanjut.

Disiarkan pada: September 26, 2019 @ 10:13pm
d