global

Mati akibat diracun

Oleh AFP

COLOMBO: Empat gajah dijumpai mati di tengah Sri Lanka, hari ini, dan polis mengesyaki haiwan itu diracun penduduk yang keberangan.

Hampir 200 gajah dibunuh setiap tahun di negara itu, kebanyakannya oleh petani kerana ia memusnahkan tanaman mereka.

Kira-kira 50 penduduk turut menjadi korban gajah setiap tahun, kebanyakannya yang tinggal berhampiran habitat haiwan berkenaan.

Menurut polis, seekor gajah betina bunting dan seekor gajah jantan antara empat bangkai yang dijumpai hari ini, di hutan simpan berhampiran Sigiriya, yang juga kubu batu abad ke-5 dan tapak warisan dilindungi UNESCO.

“Kami sudah memberitahu pakar hidupan liar dan doktor haiwan untuk menjalankan autopsi,” kata seorang pegawai polis di Sigiriya, 175 kilometer di utara Colombo.

Gajah lain berkemungkinan sudah mati tetapi belum ada bangkai ditemui.

Disiarkan pada: September 27, 2019 @ 9:03pm
d