global

Ribuan melarikan diri dari Papua

Oleh AFP

WAMENA: Ribuan penduduk Papua bersesak-sesak menaiki pesawat tentera untuk melarikan diri daripada rusuhan, hari ini.

Kira-kira 700 penduduk Wamena yang kebanyakannya berasal dari bahagian lain di Indonesia dibawa keluar ke tempat lebih selamat.

Menurut jurucakap tentera udara, Arief Sudjatmiko, penambahan seramai 1,500 penduduk berkumpul di lapangan terbang pada hari ini.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 2,500 orang sudah mendaftar untuk menaiki pesawat tentera.

Keganasan tercetus lagi di Wamena baru-baru ini selepas seorang guru mengeluarkan komen berbaur perkauman terhad pelajar di bandar itu.

Kejadian itu menyebabkan lebih 24 orang terbunuh dan pihak berkuasa berkata, segelintir mangsa dibakar hidup-hidup dalam bangunan yang terbakar, manakala ada ditikam ketika rusuhan.

Bulan lalu, bantahan tercetus di Papua dan kawasan lain di Indonesia selepas puluhan pelajar dari rantau itu ditahan polis di Surabaya.

Disiarkan pada: September 27, 2019 @ 9:49pm
d