global

44 maut dalam banjir di India

Oleh AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh semalam dan ribuan penduduk dipindahkan ke kem bantuan selepas banjir melanda Uttar Pradesh.

Kawasan penduduk padat di tebing dua sungai utama Uttar Pradesh antara yang terjejas teruk disebabkan air sungai melimpah selepas hujan lebat selama 24 hingga 48 jam.

Naib pengerusi pengurusan bencana Uttar Pradesh, Ravindra Pratap Sahi berkata, pihak berkuasa menumpu terhadap kerja menyelamat dan memberi bantuan di kawasan terjejas.

“Kami sudah memindahkan ribuan orang ke pusat bantuan kerana hujan lebat dijangka turun lagi dalam tempoh 48 jam seterusnya di kebanyakan kawasan terjejas,” katanya.

Pihak berkuasa dan media tempatan melaporkan, antara mangsa maut dihempap dinding yang runtuh, lemas, dipanah petir dan dipatuk ular.

Awal minggu ini, banjir kilat di barat India, Maharashtra menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh.

Disiarkan pada: September 28, 2019 @ 5:20pm
d