global

Spiderman Perancis ditahan lagi

Oleh AFP

FRANKFURT AM MAIN: Pemanjat yang digelar sebagai Spiderman Perancis, Alain Robert ditahan hari ini selepas memanjat menara Skyper di Frankfurt, Jerman.

Robert, 57, berjaya sampai ke puncak bangunan setinggi 154 meter itu dalam tempoh setengah jam.

Dia dilaporkan memanjat menara itu tanpa mendapatkan kebenaran dan tidak menggunakan peralatan keselamatan.

Polis menahan Robert sebaik dia tiba di bawah bangunan itu.

Lelaki terbabit melakukan beberapa siri memanjat bangunan di serata dunia sejak 1994 antaranya Burj Khalifa di Dubai dan menara Eiffel, Paris.

Pada Ogos lalu, Robert memanjat sebuah pencakar langit di Hong Kong dan membentangkan kain rentang memaparkan kata-kata keamanan.

Namun, lelaki itu tidak memberi sebab untuk memanjat menara Skyper.

Disiarkan pada: September 28, 2019 @ 7:30pm
d