global

36 maut, 36 cedera bas bertembung

Oleh AFP

BEIJING: Sekurang-kurangnya, 36 maut manakala 36 lain cedera selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah trak di timur China.

Biro keselamatan awam Yixing, berkata bas yang membawa 69 penumpang terbabas dan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan ia melanggar sebuah trak di lebuh raya di timur wilayah Jiangsu, pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan itu berpunca daripada tayar kiri bas di sebelah hadapan pancit.

“Seramai sembilan orang cedera parah manakala 26 lain cedera ringan dan seorang dibenarkan keluar dari hospital,” kata biro.

Lebuhraya Changchun-Shenzhen dibuka semula selepas lapan jam kerja-kerja menyelamat dilakukan.

Disiarkan pada: September 29, 2019 @ 2:16pm
d