global

Jepun rancang ampunkan 600,000 pesalah

Oleh Reuters

TOKYO: Kerajaan Jepun merancang memberi pengampunan kepada kira-kira 600,000 pesalah jenayah kecil sempena upacara Maharaja Naruhito pada 22 Oktober ini yang menandakan berakhirnya tempoh transisi dengan pemerintahan terdahulu.

Upacara berkenaan juga bahagian kedua dalam pertabalan maharaja itu selepas dia menaiki takhta pada 1 Mei lalu.

Akhbar harian Mainichi Shimbun memetik sumber pegawai kerajaan yang berkata, semua sekatan hak yang sebelum ini terhadap pesalah terbabit akan dibatalkan sebaik mereka diampunkan.

Di Jepun, pesalah yang disabitkan kesalahan antara lain dihalang mendapatkan lesen kedoktoran, kejururawatan selain beberapa yang lain selama lima tahun.

Bagaimanapun, Setiausaha Kabinet Ketua Jepun, Yoshihide Suga memberitahu wartawan, kerajaan masih mempertimbangkan perkara itu.

Seramai 2.5 juta orang diampunkan sempena upacara penobatan maharaja terdahulu, Akihito pada 1990.

Disiarkan pada: October 2, 2019 @ 8:12pm
d