global

7 maut pesawat lama terhempas

Oleh AFP

NEW YORK: Sekurang-kurangnya tujuh maut selepas pesawat pengebom Perang Dunia Kedua yang membawa 13 penumpang dan anak kapal terhempas di Connecticut, Amerika Syarikat (AS), semalam.

AFP melaporkan, pesawat Boeing B-17 yang pernah digunakan tentera udara AS menentang Jerman dan Jepun itu dilaporkan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bradley ketika cuba mendarat sekitar jam 10 pagi waktu tempatan.

Menurut pihak berkuasa, penerbangan itu dikendalikan Yayasan Collings yang menawarkan pengalaman menaiki pesawat vintaj kepada peminatnya.

Jurucakap perkhidmatan bencana negeri, James Rovella berkata, mengesahkan kematian itu namun katanya ia terlalu awal untuk memberikan angka sebenar.

“Mangsa yang rentung sukar untuk dikenal pasti. Kami tidak mahu membuat kesilapan,” katanya.

Disiarkan pada: October 3, 2019 @ 10:00am
d