global

28 terbunuh, ribuan cedera dalam rusuhan

Oleh AFP

BAGHDAD: Ribuan penunjuk perasaan bertembung dengan polis pada hari ketiga perhimpunan besar-besaran yang menyebabkan 28 orang terbunuh.

Polis dan tentera melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dari kenderaan tentera.

Ramai mangsa cedera menaiki kenderaan kecil tuk-tuk ke hospital.

“Kenapa polis menembak orang Iraq? Mereka juga menderita seperti rakyat dan sepatutnya membantu dan melindungi kami,” kata penunjuk perasaan, Abu Jaafar.

Demonstrasi tiga hari itu turut mengorbankan nyawa dua pegawai polis dan menyebabkan lebih 1,000 orang cedera.

Lebih separuh daripada mangsa terbunuh di bandar selatan Nasiriyah yang mana enam daripadanya ditembak mati manakala puluhan lagi cedera, semalam.

Di Amarah, pegawai perubatan dan pihak berkuasa berkata empat penunjuk perasaan ditembak mati.

Dua orang dan seorang pegawai polis turut dilaporkan terbunuh di Diwaniyah yang terletak 150 kilometer daeri Baghdad.

Disiarkan pada: October 4, 2019 @ 2:01am
d