global

Lima maut pesawat terhempas

Oleh AFP

KIEV: Lima orang terbunuh apabila sebuah pesawat membawa pengangkutan terhempas ketika hendak mendarat di barat Ukraine pada hari ini.

Pesawat Antonov-12 yang membawa lapan penumpang itu terhempas 1.5 kilometer dari landasan di lapangan terbang Lviv.

Tiga penumpang bernasib baik kerana terselamat, namun mereka mengalami kecederaan serius kerana terperangkap dalam pesawat.

Menurut pihak berkuasa, pesawat dikendali syarikat penerbangan Ukraine Air Alliance dari Vigo, Sepanyol.

Timbalan Menteri Infrastruktur, Yuriy Lavrenyuk memberitahu stesen 112 TV pesawat itu mungkin kehabisan minyak atau juruterbang melakukan kesilapan.

Disiarkan pada: October 4, 2019 @ 6:41pm
d