global

Tolong hantar mereka pulang

Oleh Reuters

DHAKA: Bangladesh meminta Brunei mengusir lima rakyatnya yang dipercayai menjalankan sindiket perdagangan manusia yang membabitkan ratusan pekerja di negara itu.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, Mahmud Hussain berkata, kerajaan sudah menggantungkan pasport lima individu berkenaan.

Hussain berkata, dia menerima banyak aduan daripada pekerja Bangladesh yang membayar ribuan dolar untuk bekerja di Brunei.

“Mereka tidak berputus membawa lebih ramai orang walaupun tiada pekerjaan di Brunei.

“Kami meminta broker berkenaan hadir ke kedutaan untuk menyelesaikan isu ini, namun kebanyakannya tidak peduli,” katanya.

Menurut Hussain, tindakan tegas perlu dilakukan agar broker berhenti melakukan kesalahan itu.

Ejen mengenakan bayaran sekitar $4,000 (RM16,742) bagi seorang individu, namun mereka tidak diberi pekerjaan ataupun dibayar gaji rendah.

Disiarkan pada: October 5, 2019 @ 12:59am
d