global

Rusa masuk salun [VIDEO]

Oleh Agensi

NEW YORK: Seekor rusa jantan mengejutkan pelanggan dan pekerja sebuah salun di New York, Amerika Syarikat apabila haiwan itu secara tiba-tiba melompat masuk ke dalam premis terbabit pada Sabtu lalu.

Berdasarkan rakaman kamera pengawasan, kejadian berlaku di Ronkonkoma, ketika seorang pekerja menggunting rambut pelanggan manakala seorang lagi pelanggan wanita sedang duduk minum.

Tidak lama selepas itu, haiwan terbabit terus merempuh masuk menerusi tingkap kaca premis berkenaan lalu melompat di atas wanita terbabit.

Haiwan itu dikatakan cuba mengelak daripada dilanggar kereta yang melalui jalan di hadapan salun terbabit.

Wanita terbabit kemudian dihantar ke hospital namun tidak mengalami kecederaan serius.

Disiarkan pada: October 7, 2019 @ 2:51pm
d