global

10 terbunuh, 27 cedera serangan bom

Oleh AFP

JALALABAD (AFGHANISTAN): Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 27 lain cedera apabila sebutir bom meletup berdekatan sebuah bas yang membawa pelatih tentera di sini timur Afghanistan, hari ini.

“Bom itu diletakkan dalam sebuah motosikal. Malangnya, 10 orang awam termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dan 27 orang cedera dalam insiden itu,” kata jurucakap Gabenor Nangarhar, Ataullah Khogyani.

Disiarkan pada: October 7, 2019 @ 9:47pm
d