global

Masih bayi lagi...

Oleh Agensi

LONDON: Seekor anak ikan paus yang tersesat di Sungai Thames sejak seminggu lalu ditemui mati dan saintis percaya mamalia itu cedera akibat dilanggar kapal.

Ikan paus yang dinamakan Hessy kali pertama dilihat di Jambatan Dartford, Kent pada Ahad lalu dan berenang di sungai sepanjang lapan kilometer itu.

Ia kemudiannya ditemui mati pada petang semalam.

Pada mulanya ikan paus itu dipercayai mati akibat kelaparan tetapi pemeriksaan menemui kesan kecederaan besar pada bangkai haiwan kemungkinan dilanggar kapal.

Bangkai ikan paus sepanjang 10 meter itu kemudiannya dialihkan dari sungai berkenaan dan dibawa ke Persatuan Zoologi London.

Pengurus Persatuan Zoologi London, Rob Deaville berkata, pemeriksaan awal mendapati ikan paus betina itu masih bayi lagi ia terdapat luka besar yang konsisten dengan kesan dilanggar kapal.

Disiarkan pada: October 10, 2019 @ 11:18am
d