global

Perompak maut letup ATM [VIDEO]

Oleh Agensi

MOSCOW: Tindakan seorang perompak yang cuba meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) membawa padah apabila dia maut dalam letupan berkenaan.

Mail Online melaporkan, kejadian yang berlaku di Sberbank di bandar Cherepovets turut menyebabkan sebahagian premis berkenaan rosak teruk.

Satu rakaman kamera keselamatan di bank itu menunjukkan perompak berusia 37 tahun berkenaan yang memakai jaket memasang bom di mesin ATM.

Beberapa saat kemudian bom berkenaan tiba-tiba meletup dan rakaman terpadam.

Polis mengesahkan lelaki yang belum dikenal pasti itu maut di tempat kejadian.

Pihak berkuasa juga mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu.

Disiarkan pada: October 10, 2019 @ 1:43pm
d