global

Japan Airlines batal 90 peratus penerbangan

Oleh Reuters

TOKYO: Lebih 90 peratus penerbangan domestik syarikat Japan Airlines dari dan ke Lapangan Terbang Haneda dan Narita di wilayah Chiba akan dibatalkan susulan Taufan Hagibis yang dijangka tiba Sabtu ini, lapor stesen televisyen NHK.

Reuters melaporkan, taufan yang dikategorikan sebagai ‘ganas’ itu akan membadai kawasan terbabit.

Selain itu, ia turut menyebabkan dua perlawanan Ragbi Piala Dunia terpaksa dibatalkan dan mungkin mengganggu penganjuran Grand Prix Formula Satu Jepun minggu ini.

Manakala East Japan Railway Co yang mengendalikan sistem pengangkutan di timur Jepun termasuk Tokyo berkata, operasi mungkin ditangguhkan sementara termasuk perkhidmatan kereta api laju Shinkansen.

“Ia mungkin tiba pada Sabtu ini. Ia akan memberi kesan serius sama ada taufan ini tiba atau tidak.

“Orang ramai dinasihatkan untuk berjaga-jaga kerana ia akan membawa hujan lebat, angin kencang, ombak tinggi dan ribut,” kata jurucakap Agensi Meteorologi Jepun.

Disiarkan pada: October 10, 2019 @ 9:06pm
d