global

Mangsa pertama Hagibis

Oleh AFP

TOKYO: Seorang lelaki menjadi mangsa Taufan Hagibis selepas trak yang dinaikinya terbalik akibat angin kencang di timur Tokyo.

“Seorang lelaki berusia 49 tahun ditemui dalam trak mini yang terbalik. Dia dihantar ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia,” kata jurucakap Jabatan Bomba Ichihara, Hiroki Yashiro kepada AFP.

Menurut laporan media tempatan, Hagibis diramalkan sebagai taufan pertama yang dikategorikan sebagai ‘sangat kuat’ melanda pulau utama Honshu sejak 1991, ketika sistem kategori diperkenalkan.

Menjelang tengah hari, kira-kira 1.64 juta orang di kawasan terjejas berada di bawah perintah berpindah bukan mandatori, dengan pihak berkuasa mendesak warga tua dan mereka yang mempunyai anak untuk dipindahkan lebih awal.

Dikategorikan sebagai ‘besar’ dan ‘sangat kuat’, taufan itu juga menyebabkan pembatalan perlawanan Piala Dunia Ragbi, menjejaskan Grand Prix Jepun dan menyebabkan 1,600 penerbangan dibatalkan.

Disiarkan pada: October 12, 2019 @ 3:54pm
d