global

3 maut, 20 budak cedera dalam letupan

Oleh AFP

JALALABAD: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala 20 murid cedera selepas sebuah trak dipandu Taliban meletup berhampiran sebuah balai polis dan sekolah.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, kejadian berlaku pada awal pagi di daerah Alishang, timur wilayah Laghman.

“Tiga orang termasuk dua anggota keselamatan maut. Seramai 27 orang dilaporkan cedera,” katanya.

Bom yang meletup di luar balai polis itu turut menyebabkan enam pegawai polis cedera dan kerosakan teruk terhadap sebuah sekolah berhampiran.

Seramai 20 murid dilaporkan cedera selepas terkena serpihan kaca dari letupan.

Kumpulan Taliban kemudian mengeluarkan kenyataan bertanggungjawab terhadap letupan itu dan mendakwa puluhan anggota keselamatan Afghanistan terbunuh.

Disiarkan pada: October 16, 2019 @ 5:19pm
d