global

Hampir 200 ditahan polis Turki

Oleh AFP

ISTANBUL: Polis Turki menahan hampir 200 orang yang memuat naik status mengecam serangan negara itu terhadap Syria di media sosial sejak operasi bermula minggu lalu.

Agensi berita Anadolu melaporkan, seramai 24 daripada 186 orang ditahan secara sah.

Setakat ini, seramai 78 orang sudah dilepaskan dan 40 lagi dibebaskan oleh mahkamah, manakala yang lain masih dalam proses tindakan undang-undang.

Antara individu ditahan atas dakwaan propaganda pengganas adalah dua ketua Parti Rakyat Demokratik (HDP), Sezai Temelli dan Pervin Buldan.

Minggu lalu, Turki melancarkan operasi terhadap puak Kurdish di Syria.

Operasi itu dikatakan menerima sokongan rakyat Turki, namun menerima kritikan komuniti luar negara yang bergantung kepada puak Kurdish untuk menentang militan Daesh.

Disiarkan pada: October 16, 2019 @ 7:16pm
d