global

Serah duit, dapat ciuman di dahi

Oleh Agensi

BRASILIA: Seorang perompak bersenjata mencium dahi seorang warga emas kerana enggan mengambil wang diserahkan wanita itu dalam kejadian di bandar Amarante, baru-baru ini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam sebuah farmasi memaparkan suspek bercakap dengan wanita itu ketika seorang lagi perompak mengambil wang.

Memetik Daily Mail, wanita yang tinggal berhampiran farmasi itu dengan rela hati menyerahkan wang miliknya.

Namun, perompak itu dilihat menepuk bahu wanita terbabit bagi menenangkannya sebelum mencium dahinya.

Pemilik farmasi, Samuel Almeida berkata kepada G1, perompak terbabit enggan menerima wang wanita itu.

“Tidak puan, awak boleh diam. Saya tak mahu wang awak,” katanya.

Perompak itu melarikan wang sebanyak AS$240 (RM1,004) bersama beberapa barangan lain dan polis kini menjejaki mereka.

Disiarkan pada: October 19, 2019 @ 11:16pm
d