global

Boeing 787-9 selamat mendarat di Sydney

Oleh AFP

SYDNEY: Pesawat dan penumpang yang melakukan penerbangan tanpa henti paling lama, mendarat dengan selamat di Australia awal pagi tadi selepas berada di udara selama 19 jam.

Penerbangan Qantas QF7879 mengambil masa 19 jam dan 16 minit untuk terbang berterusan dari New York, Amerika Syarikat ke Sydney, Australia adalah yang pertama daripada tiga perjalanan ultra jauh dirancang syarikat penerbangan terbabit tahun ini.

Hanya 49 penumpang dan anak kapal dibenarkan menaiki pesawat Boeing 787-9 bagi mengurangkan berat dalam pesawat dan memastikan minyak mencukupi untuk perjalanan sejauh kira-kira 16,000 kilometer tanpa isian semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Qantas, Alan Joyce menyifatkannya sebagai kejayaan bersejarah untuk syarikat penerbangan dan penerbangan antarabangsa.

Persatuan Juruterbang Australia dan Antarabangsa, yang mewakili juruterbang Qantas menimbulkan rasa kebimbangannya sama ada juruterbang mendapat rehat yang berkualiti semasa melakukan penerbangan ultra jauh.

Kajian jangka panjang saintifik dibuat untuk melihat impak ke atas kru.

Syarikat penerbangan Qantas berkata, ujian perjalanan itu hanya satu dari aspek kerja untuk memastikan penerbangan dapat dikendalikan dengan selamat.

Tahun lalu, Qantas memperkenalkan perkhidmatan tanpa henti pertama selama 17 jam dari Perth, Australia ke London, England juga antara penerbangan penumpang paling lama di dunia.

Disiarkan pada: October 20, 2019 @ 10:17am
d