global

Smart Dragon 2 dan 3 bakal diuji

Oleh Reuters

BEIJING: China bakal melancarkan ujian penerbangan dua roketnya dalam siri Smart Dragon untuk kegunaan komersil pada 2020 dan 2021, kata agensi berita rasmi Xinhua, hari ini.

Jadual penerbangan dikeluarkan China Rocket Co itu, kira-kira dua bulan selepas sebuah roket guna semula iaitu Smart Dragon-1 menghantar tiga satelit ke orbit.

China membayangkan konstelasi satelit komersil yang boleh menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi untuk pesawat sehingga menjejaki penghantaran arang batu.

Reka bentuk guna semula membolehkan roket dilancar lebih kerap dan dapat mengurangkan kos.

Menurut Xinhua, Smart Dragon-2 seberat 60 tan dan panjang 21 meter, berupaya menghantar 500 kilogram muatan ke orbit pada ketinggian 500 kilometer. Ujian penerbangannya dibuat tahun hadapan.

Smart Dragon-3 pula seberat 116 tan dan panjang 31 meter bakal diuji terbang pada 2021, mampu menghantar 1.5 tan muatan ke orbit, kata Xinhua.

Disiarkan pada: October 20, 2019 @ 2:01pm
d