global

Perintah berkurung di Santiago

Oleh AFP

SANTIAGO: Pihak berkuasa Chile mengumumkan perintah berkurung di Santiago bermula pada jam 1.00 pagi tadi (waktu tempatan), selepas perusuh membakar stesen metro, bas dan bertempur dengan polis.

Ketua Tentera Darat, Javier Iturriaga berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi semasa dan tindakan mengejut yang berlaku hari ini menyebabkan dia menggantung kebebasan dan pergerakan penduduk sepenuhnya pada waktu malam.

Ia bermula selepas ribuan penduduk Chile memberontak di Santiago dan beberapa bandar lain susulan isu ekonomi dan sosial yang lemah di negara itu termasuk jurang tinggi antara kaya dan miskin.

Rusuhan kemudian meletus di Plaza Italia dan di luar istana presiden. Perkhidmatan bas terpaksa dihentikan ekoran kejadian bas yang dibakar di pinggir Santiago.

Puluhan penunjuk perasaan pula membakar sebuah bangunan surat khabar tertua Chile, El Mercurio di Valparaiso pada petang semalam, manakala beberapa tempat lain turut dibakar membabitkan stesen metro, pasar raya dan kedai.

Disiarkan pada: October 20, 2019 @ 2:28pm
d