global

Dikritik rasuah, Trump ubah lokasi G7

Oleh AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) tidak akan diadakan di kelab golf miliknya di Florida, selepas dikritik berkaitan isu rasuah.

Pemangku Ketua Kakitangan Rumah Putih, Mick Mulvaney mengumumkan lokasi G7 pada Khamis lalu, mencetuskan kemarahan dalam kalangan pembangkang dari parti Demokrat di Kongres yang menganggap Trump mengambil kesempatan dalam urusan rasmi kerajaan.

"Dia mengeksploitasi pejabatnya dan membuat keputusan kerajaan AS untuk keuntungan kewangannya sendiri," kata Jerry Nadler, pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Rumah yang berkuasa, dalam satu kenyataan berikutan pengumuman Khamis.

“Berdasarkan bantahan dan reaksi tidak rasional media dan Demokrat, kami tidak lagi memilih Trump National Doral, Miami sebagai lokasi Sidang Kemuncak G7 pada 2020.

“Kami akan mula mencari lokasi lain, termasuk kemungkinan mengadakannya di Kem David,” kata Trump menerusi Twitter.

Khamis lalu, Mulvaney mengumumkan pemilihan lokasi di Florida itu dianggap paling baik berbanding puluhan pusat peranginan lain untuk mesyuarat G7 pada 10 hingga 12 Jun tahun depan.

Disiarkan pada: October 20, 2019 @ 4:39pm
d