global

3 maut, pasar raya dibakar penunjuk perasaan

Oleh Reuters

SANTIAGO: Sekurang-kurangnya tiga maut selepas sebuah pasar raya dibakar penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi di Santiago, Chile hingga menyebabkan operasi penerbangan ke bandar itu sama ada digantung atau ditunda.

Ia disahkan oleh Gabenor Santiago, Karla Rubilar selepas kejadian yang berlaku semalam.

“Mengikut maklumat awal polis, dua orang mati rentung di San Bernardo dan seorang lagi mati ketika dibawa ke hospital dalam keadaan parah,” katanya menerusi hantaran di akaun Twitter.

Reuters melaporkan, Santiago dan beberapa bandar lain kecoh dengan demonstrasi yang berlarutan sejak beberapa hari lalu apabila penunjuk perasaan membantah kenaikan kos pengangkutan awam sebelum Presidennya, Sebastian Pinera mengisytiharkan darurat.

Penerbangan yang dikendalikan syarikat penerbangan terbesar Chile, LATAM dan syarikat lain, Sky Airline terjejas pagi tadi selepas kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung.

Disiarkan pada: October 21, 2019 @ 12:01am
d