global

Taufan, hujan batu landa Dallas

Oleh Reuters

WASHINGTON: Taufan kuat membadai sebahagian utara Dallas, Texas hari ini menyebabkan lebih 100,000 kediaman dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik.

Ribut pada jam 9.02 malam waktu tempatan itu turut menyebabkan penerbangan di beberapa lapangan terbang negeri berkenaan tergendala.

Perkhidmatan Cuaca Nasional (NWS), Pusat Ramalan Cuaca dalam kenyataannya berkata, hujan batu antara 2.5 hingga 7.6 sentimeter sebesar bola golf dan besbol turun di beberapa kawasan utara Dallas.

Bencana itu meninggalkan kemusnahan sepanjang 1.6 kilometer di Dallas, melanda kawasan berhampiran Lapangan Terbang Love Field di utara bandar berkenaan.

Menurut Pusat Ramalan Cuaca, amaran taufan sudah dihentikan dan tiada amaran banjir kilat dikeluarkan.

Pasukan kecemasan dan akhbar Dallas Morning News melaporkan tiada mangsa cedera atau maut dilaporkan, namun pihak berkuasa terus membuat pemeriksaan di kawasan penempatan.

Disiarkan pada: October 21, 2019 @ 2:45pm
d