global

Rusuhan selepas keputusan pilihan raya Bolivia diumumkan

Oleh AFP

LA PAZ: Pertembungan ganas tercetus di Bolivia semalam selepas pencabar Presiden Evo Morales menolak keputusan pilihan raya.

Keputusan awal pilihan raya menunjukkan Morales mengekalkan kedudukannya sebagai presiden.

Pencabar Morales, Carlos Mesa yang pernah menjadi presiden Bolivia pada 2003 mendakwa berlaku unsur penipuan dalam keputusan yang diumumkan pegawai pilihan raya.

Keputusan awal menunjukkan Morales, 59, mahupun Mesa, 66, tidak menang dengan majoriti dan undian kedua perlu dilakukan.

Sebahagian daripada keputusan menunjukkan Morales mendahului dengan undian 45 peratus undian, manakala Mesa mendapat sebanyak 38 peratus.

Susulan itu, penyokong pembangkang merusuh di ibu kota Bolivia, La Paz, manakala sekumpulan individu membakar ibu pejabat pihak berkuasa pilihan raya di bandar selatan Sucre.

Disiarkan pada: October 22, 2019 @ 12:51pm
d