global

39 mayat ditemui dalam kontena

Oleh AFP

LONDON: Polis Britain menemui 39 mayat di dalam sebuah kontena berhampiran London yang dipercayai berasal dari Bulgaria.

Polis Essex berkata, semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian yang terletak di sebuah kawasan industri di Grays, timur London.

Siasatan awal mendapati mangsa terdiri daripada 38 dewasa dan seorang remaja.

Susulan penemuan itu, polis menahan seorang lelaki Ireland Utara berusia 25 tahun atas tuduhan membunuh.

Disiarkan pada: October 23, 2019 @ 5:37pm
d