global

Biri-biri terkenal mati

Oleh AFP

SYDNEY: Biri-biri diberi nama Chris yang mencipta Rekod Dunia Guinness kerana memiliki bulu terlampau lebat mati, kelmarin.

Berita sedih itu disampaikan pusat jagaan haiwan Little Oak Sanctuary kepada pengikutnya di Facebook.

Pengasas Bersama Little Oak Sanctuary, Kate Luke memberitahu akhbar Canberra Times, biri-biri itu mati kerana sudah tua pada pagi kelmarin.

Kate berkata biri-biri berusia hampir 10 tahun itu disayangi pengunjung kerana jinak.

Jangka hayat biri-biri antara 10 dan 12 tahun.

Chris mencuri perhatian media di seluruh dunia kerana bulunya terlampau lebat ketika ia ditemui berkeliaran di luar bandar raya Canberra pada 2015.

Seorang pakar kemudian dihantar ke lokasi untuk memotong bulunya yang diderma kepada Muzium Kebangsaan Canberra, manakala Chris dihantar ke Little Oak Sanctuary di New South Wales.

Bulu Chris seberat 41.1 kilogram, sekali gus layak mencipta Rekod Dunia Guinness.

Disiarkan pada: October 23, 2019 @ 5:49pm
d