global

Malas atau bijak?

Oleh Mail Online

BEIJING: Seekor kuda dianggap sebagai kuda paling malas atau mungkin paling bijak selepas ia berpura-pura mati setiap kali ada orang cuba menunggangnya.

Kuda yang dikenali sebagai Jingang mula popular selepas beberapa video menunjukkan ia tiba-tiba terbaring apabila ada orang menunggangnya tular di media sosial.

Setiap kali ada orang yang cuba naik ke belakangnya, Jingang akan tiba-tiba terbaring kadangkala dengan keempat-empat kaki di atas dan menjelirkan lidahnya.

Seorang penduduk yang cuba menunggang Jingang berkata: “Kuda ini comel dan nakal,”.

Telatah Jingang juga menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang menganggapnya seekor kuda yang bijak.

“Kuda itu tidak malas. Ia bijak. Mengapa perlu membawa beban yang berat jika ada cara untuk mengelaknya,” kata seorang pengguna media sosial.

Disiarkan pada: October 24, 2019 @ 10:57pm
d