global

10 jam alih rumah api

Oleh Mail Online

COPENHAGEN: Satu usaha sedang dilakukan kerajaan Denmark untuk mengalihkan sebuah rumah api berusia 120 tahun di pantai barat laut negara itu yang terhakis.

Apabila rumah api Rubjerg Knude mula beroperasi pada 1900 ia terletak kira-kira 200 meter dari pantai tetapi kini ia hanya tujuh meter dari Laut Utara.

Pada Selasa lalu, operasi mengalihkan rumah api setinggi 23 meter yang terletak di Jutland di pulau Egtved itu bermula bagi menyelamatkannya daripada hakisan pantai.

Binaan seberat 1,000 tan itu diletakkan di atas satu platform beroda dan landasan untuk dipindahkan sejauh 80 meter dari pantai.

Datuk Bandar Jutland, Arne Boelt berkata, banyak benda boleh berlaku ketika mengalihkan rumah api yang terletak di atas bukit setinggi 60 meter dari aras laut itu.

Rumah api itu dialihkan pada kelajuan lapan meter sejam dan operasi berkenaan mengambil masa kira-kira 10 jam.

Disiarkan pada: October 25, 2019 @ 1:20am
d