global

2 ditahan susulan 39 mayat warga China

Oleh AFP

LONDON: Polis United Kingdom yang menyiasat penemuan 39 mayat di dalam sebuah trak berkata, mereka sudah menahan dua individu kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan dan subahat pemerdagangan manusia.

Mayat lapan wanita dan 31 lelaki dipercayai warga China, dijumpai dalam sejuk beku awal pagi Rabu lalu.

Penahanan pemandu trak berusia 25 tahun dari Ireland Utara di tempat kejadian sebagai suspek pembunuhan, polis Essex mengesahkan dua orang ditahan, hari ini.

Menurut polis, pihaknya menahan seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 38 tahun dari Warrington di Cheshire, barat laut England kerana disyaki bersubahat menyeludup mangsa dan berdepan 39 tuduhan membunuh.

Bedah siasat pada awalnya dibuat untuk mengetahui bagaimana mereka mati sementara pakar forensik cuba mengenal pasti identiti mayat.

Sementara itu, penganalisis politik berpusat di Beijing, Hua Po, berkata kedatangan pekerja Cina ke Eropah meningkat sebagaimana dasar China sendiri menjadi lebih konservatif dan tertutup di bawah pimpinan Presiden Xi Jinping.

“Kelangsungan hidup dengan bekerja swasta menjadi semakin sukar dan menyebabkan jumlah pengangguran semakin meningkat,” kata Hua kepada AFP.

Disiarkan pada: October 25, 2019 @ 10:06pm
d