global

8 maut, 2 cedera tentera tembak rakan

Oleh AFP

MOSCOW: Lapan maut manakala dua lagi cedera selepas seorang tentera Russia melepaskan tembakan ke arah rakan sepasukannya di sebuah kem tentera Siberia, hari ini.

“Anggota tentera yang melepaskan tembakan sudah ditahan,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan dipetik agensi berita Russia.

Insiden berlaku di sebuah kem tentera di wilayah Chita di timur Siberia.

“Tindakan anggota tentera itu mungkin disebabkan kemurungan kerana masalah peribadi dan tidak berkaitan tugasan tentera,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, anggota tentera yang cedera dibawa ke hospital dan keadaan mereka tidak mengancam nyawa.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Pertahanan enggan memberikan komen apabila ditanya.

Disiarkan pada: October 25, 2019 @ 10:08pm
d