global

Penggodam curi RM25 juta ditahan

Oleh AFP

KIEV: Polis Ukraine menahan seorang lelaki asing yang diburu FBI sejak sedekad lalu, kerana menggodam institusi kewangan Amerika Syarikat dan mencuri kira-kira AS$6 juta (RM25 juta).

Menurut kenyataan polis Ukraine, lelaki 32 tahun itu disyaki mengganggu sistem komputer secara haram, pengubahan wang haram dan penipuan.

FBI memulakan siasatan terhadap lelaki yang tidak dinyatakan kerakyatannya pada 2010. Tahun ini, FBI meminta bantuan Ukraine mengesan dan menahan penggodam itu sebelum dia ditahan di sebuah hotel terkemuka di Kiev.

Disiarkan pada: October 25, 2019 @ 11:46pm
d