global

Gempa bumi kuat landa Mindanao

Oleh AFP

MANILA: Satu gempa bumi kuat 6.6 magnitud menggegarkan selatan Filipina hari ini menyebabkan kecederaan dan merosakkan bangunan.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa bumi itu melanda pulau Mindanao yang masih belum pulih dengan bencana alam serupa hampir dua minggu lalu.

Pusat gempa dikesan kira-kira 26 kilometer dari timur laut Tulunan, Cotabato pada jam 9.04 pagi (waktu tempatan).

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

“Dewan perbandaran kami musnah. Kami menerima laporan banyak penduduk yang cedera,” kata datuk bandar Tulunan, Reuel Limbungan.

Disiarkan pada: October 29, 2019 @ 11:48am
d