global

Panjat dinding penjara pujuk kekasih

Oleh Agensi

BERLIN: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup memanjat tembok setinggi empat meter dan kawad berduri ketika menceroboh sebuah penjara juvana di Vechta dekat sini, dalam usahanya memenangi kembali teman wanitanya yang ditahan di situ.

BBC News yang memetik media tempatan melaporkan, wanita berusia 18 tahun itu memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan namun tidak dinyatakan sebelum atau ketika dia dipenjarakan.

Menurut jurucakap penjara itu, remaja lelaki berkenaan yang bersungguh-sungguh mahu memujuk bekas teman wanitanya, memanjat tiang lampu jalan sebelum melompat ke tembok penjara.

Dia berjaya memanjat ke tingkat satu bangunan penjara tempat wanita itu ditahan sebelum dikesan warden.

Apabila dia enggan turun, bomba dipanggil untuk membawanya turun.

Disiarkan pada: October 29, 2019 @ 9:31pm
d