global

Jatuh gunung ketika siaran langsung

Oleh AFP

TOKYO: Seramai 10 penyelamat menggerakkan usaha mencari seorang lelaki yang kelihatan jatuh dari Gunung Fuji ketika membuat siaran langsung dia memanjat puncak tertinggi negara itu, kata jurucakap polis Shizuoka memberitahu AFP.

Lelaki yang namanya dirahsiakan itu, menyiarkan siaran langsung dari atas puncak Gunung Fuji yang diliputi salji pada petang kelmarin dan dia seperti tergelincir sebelum mula jatuh.

Dia dapat dilihat jatuh ke bawah selama beberapa saat sebelum siaran itu terhenti.

Menurut media tempatan, orang ramai yang menyaksikan siaran itu segera memberitahu pihak berkuasa mengenai kemalangan yang menimpanya.

Sewaktu bersiaran pada minit akhir, lelaki itu mengadu kedaan suhu di sana mula membeku, salji tebal, cerun curam dan permukaan licin.

Beberapa penonton memberi komen dan amaran keadaan di situ kelihatan bahaya, tetapi dia menolak.

Rakamannya mendaki dan jatuh di gunung itu sudah dipadam dari laman yang digunakan untuk siaran langsung, kata polis.

Suhu berada di bawah beku berhampiran puncak gunung berapi itu dengan ketinggian 3,776 meter.

Disiarkan pada: October 30, 2019 @ 9:07pm
d