global

12 pendatang masih hidup dalam trak

Oleh Reuters

BRUSSELS: Polis Belgium menemui 12 pendatang yang masih hidup di dalam sebuah trak sejuk beku di sebuah kawasan tempat letak kereta di utara Belgium, hari ini selepas seorang pemandu lori menghubungi pihak berkuasa, kata jurucakap polis persekutuan.

Pemandu lori buahan dan sayuran menghubungi polis selepas menjumpai 12 lelaki dewasa dari Syria dan Sudan sebelum dibawa ke Pejabat Imigresen di Antwerp.

Minggu lalu, seramai 39 pendatang ditemui mati dalam sebuah trak sejuk beku di Britain selepas tiba di pelabuhan Belgium di Zeebrugge.

Pihak berkuasa Belgium, membuat pengawasan yang lebih kerap untuk membanteras pemerdagangan manusia dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa British.

Disiarkan pada: October 30, 2019 @ 11:13pm
d