global

9 harimau diselamatkan

Oleh Reuters

WARSAW: Zoo Poland akan mengambil alih memelihara sembilan ekor harimau dari sebuah sarkas di Russia dan haiwan liar itu yang ditemui terperangkap dalam sangkar apabila sebuah lori terkandas di sempadan antara Poland dan Belarus, kata pengarah zoo itu.

Lori yang membawa 10 harimau berlepas dari Rome tetapi berhenti selepas memandu hampir 2,000 kilometer di sempadan Poland - Belarus.

Stesen siaran TVN 24 melaporkan, haiwan itu tidak mempunyai permit veterinar dan pemandu itu tidak menyediakan kertas kerja yang betul untuk meneruskan perjalanan ke Belarus, Poland.

Salah seekor harimau itu mati kelmarin, kata pihak berkuasa Poland.

“Saya berharap harimau itu segera sampai hari ini, masa mengejar kita. Semua haiwan itu dalam sangkar berkunci, tidak diberi minuman dan makanan, ia adalah satu tragedi,” kata pengarah zoo Poznan di barat Poland, Ewa Zgrabczynska kepada TVN.

Disiarkan pada: October 31, 2019 @ 12:03am
d