global

Mindanao dilanda gempa ketiga

Oleh AFP

MANILA: Satu gegaran gempa kuat berukuran magnitud 6.5 menggegarkan selatan Filipina hari ini iaitu kawasan sama gempa yang menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang maut pada Selasa lalu.

AFP melaporkan, gegaran di Pulau Mindanao itu menyebabkan orang ramai bertempiaran lagi meninggalkan rumah, sekolah dan pusat beli-belah untuk menyelamatkan diri.

Manakala laporan awal turut mengesahkan beberapa bangunan di kawasan terbabit turut rosak.

Ia adalah gempa kali ketiga yang melanda kawasan sama di pulau terbabit sejak pertengahan Oktober lalu.

Menurut seorang jurucakap bandar itu, seorang remaja lelaki mati dihempap dinding ketika cuba menyelamatkan diri dari sekolahnya dalam kejadian gempa bumi di Magsaysay awal minggu ini.

Disiarkan pada: October 31, 2019 @ 11:20am
d