global

Kemaluan perogol putus digigit mangsa

Oleh Agensi

LOS ANGELES: Tindakan jahat seorang lelaki untuk merogol seorang wanita membawa padah apabila kemaluannya digigit hingga putus oleh mangsa.

Dalam kejadian di Greenville, Carolina Selatan, wanita berkenaan bertemu Dennis Slaton, 61, yang disenaraikan sebagai pesalah seksual sebelum suspek memaksa mangsa ke rumahnya.

Menurut Daily Mail, sampai di rumah, Slaton mengancam wanita itu dengan pisau ketika mencabul dan cuba merogol mangsa.

Bagaimanapun, wanita itu bertindak menggigit kemaluan Slaton hingga putus dan turut menikam paha lelaki itu dengan pisau.

Wanita itu kemudian melarikan diri dari rumah suspek dalam keadaan bogel dan meminta bantuan jiran untuk menghubungi polis yang kemudian lelaki berkenaan berlumuran darah.

Kejadian berlaku Ogos lalu, namun Slaton hanya didakwa minggu ini, kerana mahkamah menunggu dia pulih daripada rawatan. Lelaki itu menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual.

Menurut polis, Slaton mempunyai rekod jenayah seksual dan pernah dipenjarakan atas kesalahan mencabul, merogol dan liwat.

Disiarkan pada: November 1, 2019 @ 11:24am
d